
Beliau yang kini menjalankan tugas presiden Umno berkata bagaimanapun parti itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.
“Umno sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli Umno.
“Syarat dan proses untuk menjadi ahli adalah tertakluk kepada seperti apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan peraturan pentadbiran parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ura-ura 6 ahli Umno yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut mahu kembali seperti yang dilaporkan media semalam.
Enam Anggota Parlimen, yang kini anggota bebas selepas meninggalkan Umno pada 14 Dis lepas, ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.
Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.