
Menyedari tentang timbulnya tuduhan rasuah sebelum kempen rasmi bermula lagi, Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar berkata, Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) mempunyau kuasa untuk menangani kesalahan yang dilakukan pihak terlibat.
Beliau mendesak SPR, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan sepenuhnya Akta Pilihaan Raya 1954 (EOA), Akta SPRM 2009 dan Kanun Kesiksaan untuk memastikan tiada sesiapa melanggar undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya.
Kalau tidak, katanya, kredibiliti agensi penguatkuasaan tersebut serta segala proses pilihan raya akan dipersoalkan.
Katanya, sebagai contoh, di bawah Seksyen 15A EOA seorang calon mesti mencatatkan semua perbelanjaan yang dibuat dalam sesuatu majlis. Had perbelanjaan telah ditetapkan sebanyak RM200,000.
“Apakah semua calon mematuhi had itu berdasarkan maklumat dan bukti yang diberikan?” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga menyebut Seksyen 8, 9 dan 10 EOA yang meliputi amalan melayan, mempengaruhi pengundi dan sogokan.
Semua seksyen bawah EOA itu bukan sahaja meliputi calon, tetapi juga sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan tersebut,” katanya.
Menurutnya, kesalahan demikian terus dilaporkan dalam kempen pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada 9 Mei lalu.
“Pertukaran kerajaan tidak nampak seperti membawa perubahan yang diharapkan dari segi cara parti politik menjalankan kempen pilhan raya mereka,” katanya.
Beliau menyentuh tentang kesalahan yang dilaporkan oleh Bersih 2,0 ketika PRK Sungai Kandis, Seria Setia, Balakong dan Port Dickson tahun lalu.
“Sepatutnya tiada lagi toleransi terhadap politik wang dariapada pihak pemerintah dan pembangkang,
Jumaat lalu, Bersih menggesa pindaan dibuat ke atas undang-undang pilihan raya bagi menghalang perbuatan berkempen sebaik sahaja sesuatu kawasan diisytiharkan kosong dan menghalang menteri daripada menggunakan jentera kerajaan dalam kempen.
“Undang-undang perlu jelas mengenai apa yang tidak boleh dilakukan. Kini ia senyap mengenai penggunaan jentera kerajaan semasa kempen,” kata pengerusinya Thomas Farm.
Kempen untuk PRK Cameron Highlands bermula 12 Januari dan berakhir 25 Januari. Hari undi adalah 26 Januari,
PRK itu menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara M Manogaran (Pakatan Harapan), Ramli Mohd Nor (Barisan Nasional) , Sallehudn Ab Talib (Bebas) dan Wong Seng Yee (Bebas).