
Wong, 41 berkata, jika benar dakwaan itu, ia amat mengecewakan dan beliau berharap semua calon dapat menjalankan kempen selama 2 minggu ini secara bersih, amanah dan lancar.
“Namun jika benar, saya kecewa dan berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan agar perkara sama tidak berulang pada pilihan raya lain,” katanya ketika ditemui selepas membawa wakil media melawat ladang bunga kekwanya di Habu dekat sini, hari ini.

Katanya, soal peribadi kecewa terhadap kerajaan yang gagal menangani isu tanah dan sebagainya tidak timbul dan apa yang penting adalah beliau terpanggil untuk membawa suara golongan petani didengari hingga peringkat atasan.

“Saya bertanding dalam PRK ini atas inisiatif sendiri untuk membawa suara golongan pekebun di sini setelah melihat kekurangan dan kelemahan sebelum ini apabila suara petani tidak sampai ke pihak yang sepatutnya,” katanya.
PRK Parlimen Cameron Highlands berlangsung selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh dari BN pada pilihan raya umum ke-14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi awal 22 Jan dan hari pengundian 26 Jan.