
Bertemakan “Asean – The Power of One”, forum itu bertujuan merealisasikan hala tuju kerjasama yang telah ditetapkan oleh 10 negara anggota, ke arah “Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti”.
Forum tahunan itu disertai wakil dari agensi pelancongan Asean, Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan pelancongan antarabangsa, persatuan, perniagaan dan agensi media.
Mesyuarat menteri pelancongan Asean serta mesyuarat bersama negara rakan kongsi dijadual pada 17-18 Januari, kata penganjur.
Forum akan menumpukan isu pelancongan merangkumi pembangunan sumber manusia, peningkatan daya saing, pembangunan yang mampan dan inklusif, keselamatan serta perubahan iklim.
Pertama kali diadakan pada 1981, ATF, adalah satu usaha serantau bagi mempromosikan Asean sebagai destinasi pelancongan.
ATF juga menyediakan platform untuk mengetengahkan produk pelancongan apabila 346 peserta pameran dari negara Asean, Asia, Eropah, Amerika, Timur Tengah dan Afrika turut mengambil bahagian.