Doakan yang terbaik, kata Tengku Abdullah

Doakan yang terbaik, kata Tengku Abdullah

Pemangku Sultan Pahang bermesyuarat bersama ahli kerabat, para penasihat dan menteri besar di ibu negara hari ini.

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (di depan) menuju ke bilik mesyuarat di Hotel Pullman.
KUALA LUMPUR:
“Doakan yang terbaik ya,” kata pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat khas diraja Pahang hari ini.

Tengku Abdullah bermesyuarat bersama ahli kerabat, para penasihat termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Najib adalah seorang seorang daripada Orang Besar Berempat Pahang, dan membawa gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar.

Mesyuarat berlangsung ketika rakyat berspekulasi mengenai pelantikan Agong ke-16. Ketua negara baharu akan dipilih pada 24 Januari ini, selepas Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletak jawatan pada 6 Januari lepas.

Sebelum itu, Tengku Abdullah berucap kepada para pegawai kanan kerajaan negeri sempena pelantikan setiausaha kerajaan Pahang yang baru, Datuk Seri Sallehuddin Ishak.

Pemangku Sultan Pahang berpesan pemimpin dan para pegawai kerajaan hendaklah sentiasa berpegang kepada tuntutan Allah dalam melaksanakan tugas.

“Pemimpin yang tidak amanah serta mementingkan kedudukan dunia hanya membawa bencana dan musibah,” katanya.

“Hanya pemimpin bertakwa akan menginsafi bahawa setiap perbuatan dan keputusan yang dibuat bakal dihitung oleh Allah,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.