
Wong Shaw Voon yang merupakan ahli lembaga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) berkata, ramai pengguna jahil dalam membeli dan memeriksa tayar celup.
“Semua tayar celup mesti mematuhi Piawaian MS 224,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, katanya, pengguna tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana ada penjual tayar celup yang tidak memahami perkara tersebut.
Beliau merujuk kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian yang sekurang-kurangnya 30 kemalangan berlaku setiap hari akibat penggunaan tayar celup.
Wong berkata, tayar tidak boleh dicelup lebih daripada 3 kali.
Penguatkuasaan yang tegas juga, katanya, diperlukan untuk menentukan keselamatan kenderaan dan pengguna yang menggunakan tayar celup.
Beliau berkata, penjual dan pengguna mestilah menentukan semua tayar celup di pasaran disahkan pihak berkuasa.