Tok Pa mahu tingkat jumlah pelajar asing di IPTA

Tok Pa mahu tingkat jumlah pelajar asing di IPTA

Mustapa Mohamed berkata kemasukan pelajar asing ke IPTA tidak seimbang jika dibandingkan dengan kemasukan mereka ke IPTS.

Mustapa Mohamed (kiri) ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi EMGS, Abdul Rahman Shariff baru-baru ini.
PETALING JAYA:
Bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berhasrat meningkatkan jumlah pelajar asing ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agar dapat mengimbangi dengan jumlah mereka di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Dalam satu kenyataan, Mustapa dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Shariff baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut.

Mustapa pernah menerajui Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum EMGS diwujudkan.

“Jumlah kemasukan pelajar dari luar negara ke IPTA tidak seimbang jika dibandingkan dengan kemasukan ke IPTS.

“Golongan pelajar asing ini juga harus diberikan kemudahan perumahan yang lebih selesa memandangkan yuran yang dikenakan lebih tinggi berbanding pelajar tempatan,” katanya yang dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.