AirAsia henti kutip RM3 daripada penumpang

AirAsia henti kutip RM3 daripada penumpang

Ia adalah usaha mengekalkan kadar tambang udara yang rendah bagi penerbangan yang beroperasi di klia2.

Fi klia2 sebanyak RM3 diperkenal pada Mei 2014 bagi penggunaan mandatori kemudahan yang dikenakan oleh MAHB.
KUALA LUMPUR:
AirAsia Group Bhd akan menghentikan kutipan fi RM3 bagi semua pelepasan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mulai hari ini, dalam usaha untuk mengekalkan kadar tambang udara yang rendah.

“Kami sudah nyatakan sejak awal lagi bahawa klia2 tidak sesuai untuk operasi penerbangan tambang rendah. Kami akan dapatkan terus semua kos tambahan daripada Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),” kata ketua pegawai eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dalam kenyataan hari ini.

Fi klia2 diperkenal pada Mei 2014 bagi menampung kos tambahan di lapangan terbang susulan penggunaan mandatori kemudahan yang dikenakan oleh MAHB.

Ini termasuk jambatan udara dan SITA (pengurusan lapangan terbang) sistem pemeriksaan masuk dan menaiki pesawat berbanding Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.