AS ingatkan Syria tidak guna senjata kimia

AS ingatkan Syria tidak guna senjata kimia

Pengunduran tentera AS dari Syria bukan pelawaan kepada pemerintah negara itu untuk menggunakan senjata kimia.

Penasihat Keselamatan AS, John Bolton berkata, penggunaan senjata kimia akan berhadapan dengan tindak balas yang keras. (Gambar AFP)
TEL AVIV:
Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS) John Bolton memberi amaran kepada kerajaan Syria supaya tidak melihat langkah pengunduran tentera AS dari negara itu sebagai satu pelawaan kepadanya untuk menggunakan senjata kimia.

“Tidak ada apa-apa perubahan pada pendirian AS berhubung penggunaan senjata kimia oleh rejim Syria, dan pendirian kami juga tidak berubah bahawa penggunaan senjata kimia akan berhadapan dengan tindak balas yang keras seperti kami lakukan 2 kali sebelum ini,” kata Bolton kepada pemberita dalam pesawat beliau sejurus sebelum tiba di Tel Aviv.

“Jadi rejim Assad perlu jelas dalam isu ini,” katanya.

Beliau menambah: “sewaktu kami memperincikan bagaimana pengunduran (tentera AS) akan dilakukan dan hal-keadaan yang melatarinya, kami tidak mahu rejim Assad menanggapinya sebagai perubahan pada pendirian kami yang menentang penggunaan senjata pemusnah massa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.