Pembantu ahli politik berkuasa di Sabah ancam saya, kata ahli perniagaan

Pembantu ahli politik berkuasa di Sabah ancam saya, kata ahli perniagaan

Lau berkata dia diancam selepas meminta bayaran untuk menaikkan papan iklan mempromosi ketua menteri di serata Sabah.

Surat yang dihantar kepada Lau meminta dia menyediakan papan iklan yang memaparkan ketua menteri.
PETALING JAYA:
Seorang ahli perniagaan Sabah mendakwa dia diancam seorang pembantu kepada seorang ahli politik pemerintah yang berkuasa di negeri itu, selepas meminta bayaran untuk menaikkan papan iklan di serata negeri untuk mempromosi ketua menteri.

Lelaki itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, berkata dia berbelanja hampir RM10,000 untuk menaikkan papan iklan tertera ucapan sempena 4 perayaan sejak Mei tahun lepas.

“Saya hanya seorang warganegara biasa yang bekerja mencari nafkah. Mengapa orang-orang ini perlu ‘hukum’ saya?” katanya.

FMT tidak akan menamakan pembantu ahli politik itu sehingga mendapat respon.

Lau berkata lelaki itu mungkin akan sekali lagi memaksanya menyediakan papan iklan sempena Tahun Baru Cina dan Hari Easter.

Lau berkata dia akan cuba membawa isu ini ke perhatian Datuk Seri Shafie Apdal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.