
Kejadian itu berlaku 10 minit selepas tengah malam tadi, ketika Sucheep Sornsung bersama keluarga isterinya meraikan ketibaan tahun baru di selatan wilayah Chumphon.
Polis berkata, Sucheep mabuk ketika mengeluarkan pistolnya di sebuah salun kecantikan, di mana parti itu dianjurkan di daerah Phato.
“Semua mangsa ialah ahli keluarganya, termasuk anak lelakinya yang berusia 9 tahun dan anak perempuan 6 tahun,” kata Leftenan Kolonel Larp Kampapan dari Balai Polis Phato kepada AFP.
“Mereka ditembak sama ada di kepala atau badan…dia marah kerana sebagai menantu, dia tidak disukai keluarga isterinya.”
Suspek kemudiannya mengacukan pistol ke dirinya.
Empat mangsa lain ialah 2 lelaki dan 2 wanita yang berusia 47 hingga 71 tahun.
Ramai yang memiliki senjata api di Thailand dan kejadian tembakan sering berlaku akibat perselisihan kecil, masalah cinta dan saingan perniagaan.