
DUBAI: Presiden Iran, Hassan Rouhani yang membentangkan belanjawan negara itu bernilai 4,700 trilion rial (AS$47 bilion pada kadar tukaran pasaran bebas) kepada Parlimen hari ini berkata, sekatan Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan buruk ke atas kehidupan rakyat dan pertumbuhan tetapi tidak akan menjatuhkan kerajaan.
“Matlamat AS ialah untuk menjatuhkan sistem Islam di Iran. Ia akan gagal, tetapi sekatannya sudah pasti akan memberi kesan ke atas kehidupan rakyat, serta pembangunan negara dan pertumbuhan negara,” katanya kepada Parlimen dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung oleh TV kerajaan.
Rouhani mengemukakan deraf belanjawan berjumlah 4,700 trilion rial untuk tahun kewangan depan yang bermula pada 21 Mac 2019.