
Beliau berkata ini berikutan kaedah penetapan harga secara bulanan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia mengalami penurunan.
Katanya, ini membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.
“Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Jan 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.
“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik, tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun, kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.