
Goldman Sachs disiasat atas peranan membantu mengumpul dana melalui tawaran bon bagi 1MDB yang menjadi tumpuan siasatan sekurang-kurangnya 6 negara.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pertuduhan jenayah di bawah undang-undang sekuriti Malaysia difailkan hari ini terhadap anak syarikat Goldman Sachs, bekas pekerjanya, Tim Leissner dan Roger Ng, bekas pekerja 1MDB, Jasmine Loo bersama ahli perniagaan, Low Taek Jho berhubung tawaran bon itu.
“Pertuduhan-pertuduhan berbangkit daripada perlakuan dan persubahatan dalam hal membuat pernyataan-pernyataan palsu atau mengelirukan oleh semua tertuduh bagi menggelapkan AS$2.7 bilion daripada hasil 3 bon dikeluarkan anak syarikat 1MDB, yang diatur dan ditaja jamin Goldman Sachs,” katanya dalam kenyataan hari ini.