2 letusan gunung berapi Popocatepetl cetus abu, asap

2 letusan gunung berapi Popocatepetl cetus abu, asap

Penduduk bandar raya Mexico dinasihatkan tidak melakukan sebarang kegiatan luar dan memakai topeng muka jika terpaksa berada di luar.

Gunung berapi Popocatepetl meletus sebanyak 2 kali, hujung minggu lalu.
BANDARAYA MEXICO:
Abu dan asap menyelubungi Mexico selepas gunung berapi Popocatepetl meletus sebanyak 2 kali pada hujung minggu ini, menurut laporan rasmi.

Letusan kedua berlaku kira-kira 12 jam dari letusan pertama pada Ahad pagi, kata Menteri Perlindungan Awam Mexico, Luis Felipe Puente menerusi akaun Twitter miliknya.

“Letusan berlaku pada 6.39 pagi dengan ketinggian 2,500 m dari arah barat laut disertai abu sederhana, amaran letusan gunung berapi berada pada fasa 2 zon kuning,” tulis Puente.

Minggu lepas, pakar gunung api memberi amaran akan berlaku letusan di gunung berapi yang terletak hanya 70 km dari Bandaraya Mexico.

Seperti diramalkan, letusan pertama berlaku pada 6.58 petang waktu tempatan. Berikutan itu penduduk dinasihatkan tidak melakukan sebarang kegiatan luar dan memakai topeng muka jika terpaksa berada di luar.

Gunung berapi Popocatepetl menyaksikan seringnya berlaku letusan dengan kejadian terbaru pada 5 Dis. Setakat ini, tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.