DAP Melaka tak mahu Rahim Thamby Chik sertai mana-mana komponen negeri

DAP Melaka tak mahu Rahim Thamby Chik sertai mana-mana komponen negeri

Naib Pengerusi Khoo Poay Tiong menyeru PPBM menolak permohonan kehalian daripada bekas ketua menteri yang 'terpalit dengan pelbagai skandal'.

Khoo Poay Tiong. (Gambar Facebook)
MELAKA:
Permohonan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik, dan pengikutnya ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) Melaka harus ditolak, kata Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong.

Beliau menegaskan penerimaan veteran Umno itu boleh merosakkan integriti kerajaan negeri serta melemahkan keyakinan rakyat terhadap PH.

Justeru, Khoo menyeru PPBM menolak permohonan keahlian daripada bekas ketua menteri itu yang terpalit dengan pelbagai skandal.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas Rahim bersama lebih 100 orang mengumumkan mahu sertai PPBM.

Rahim menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi PPBM Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff dalam satu majlis di Ayer Keroh hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.