Laporan: Turki arah tahan 219 anggota tentera berhubung siasatan kes Gulen

Laporan: Turki arah tahan 219 anggota tentera berhubung siasatan kes Gulen

Polis menjalankan siri serbuan ke atas kumpulan yang didakwa menyokong pendakwah Fethullah Gulen sejak percubaan merampas kuasa Julai 2016.

Turki akan memulakan inisiatif baru di luar negara bagi menyasarkan penyokong yang membiayai gerakan Gulen. (Gambar AFP)
ISTANBUL:
Pihak pendakwa Turki mengarahkan penahanan 219 anggota tentera ang disyaki mempunyai hubungan dengan ulama berpangkalan di Amerika Syarikat yang didakwa merancang satu rampasan kuasa yang gagagl pada 2016, lapor agensi berita milik kerajaan Anadolu hari ini.

Polis menjalankan siri serbuan ke atas kumpulan yang didakwa menyokong pendakwah Fethullah Gulen sejak percubaan merampas kuasa Julai 2016, yang menyaksikan 250 terbunuh. Gulen menafikan terlibat dalam insiden itu.

Berdasarkan perintah pejabat ketua pendakwa di Istanbul, satu operasi dilancarkan pada jam 1 pagi waktu tempatan (GMT 2200) bagi menahan suspek, yang kesemuanya anggota aktif tentera, termasuk 4 kolonel, lapor laman berita, Hurriyet.

Semalam, Presiden Tayyip Erdogan berkata, Turki akan memulakan inisiatif baru di luar negara bagi menyasarkan penyokong yang membiayai gerakan Gulen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.