
Beliau yang juga menteri besar Negeri Sembilan turut mengucapkan terima kasih atas keyakinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada beliau atas pelantikan sebagai pengerusi.
“Saya akan tunaikan tanggungjawab dengan terbaik….insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampian Bantuan Persekolahan Sesi 2019 Asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Seremban hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pelantikannya sebagai pengerusi Negeri Sembilan yang baharu seperti yang diumumkan PKR semalam.
Ditanya kemungkinan ada perubahan kepimpinan di peringkat negeri ini, beliau berkata itu perkara biasa dalam struktur baharu sebab banyak ketua-ketua bahagian yang baharu.