
Pembedahan membetulkan bibir sumbing selama 19 minit itu dijalankan di Hospital Besar Port Moresby pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
Walaupun hospital mempunyai kemudahan generator tetapi ketika pembedahan dilakukan peralatan itu tidak berfungsi.
“Sebagai pakar bedah saya banyak melalui keadaan yang sama ketika di India,” kata ketua pegawai eksekutif Hospital Port Moresby, Dr Umesh Gupta kepada akhbar Post Courier.
“Semua negara sedang membangun mengalami masalah gangguan bekalan elektrik dan saya percaya semua hospital awam di negara ini, kejadian seperti itu boleh berlaku.”
Katanya, pembedahan dilakukan dengan jayanya kerana pembedahan untuk membetulkan bibir sumbing kurang berisiko.
Gupta berkata mulai Mac tahun depan, masalah bekalan elektrik di seluruh hospital dapat diselesaikan dengan pembinaan sistem tambahan sebagai sokongan sekiranya berlaku gangguan.