Rumah kedai terbakar, 6 maut, di Ipoh

Rumah kedai terbakar, 6 maut, di Ipoh

Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 1.55 tengah hari tadi.

Menurut maklumat orang awam, kedengaran bunyi letupan kuat dan kemudian disusuli dengan kebakaran. (Gambar Twitter)
IPOH:
Enam maut dalam kebakaran seunit rumah kedai 2 tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 1.55 tengah hari.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, permis tersebut sedang terbakar 40% dan setakat ini 6 orang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang Cheah Pou Hian berkata, semua mangsa yang terlibat adalah warga tempatan.

Beliau dimaklumkan oleh orang awam terdapat bunyi letupan kuat dan kemudian disusuli dengan kebakaran.

Berdasarkan papan tanda di premis tersebut, ia menjalankan perniagaan pengaturcara majlis, pembekal alatan majlis, khemah, siaraya dan lampu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.