Ahli ekonomi terkenal letak jawatan penasihat PM India

Ahli ekonomi terkenal letak jawatan penasihat PM India

Surjit Bhalla meletak jawatan sehari selepas ketua institusi perbankan pusat India, Reserve Bank of India (RBI), Urjit Patel meletakkan jawatan atas 'sebab peribadi'.

Ahli ekonomi, Surjit Bhalla.
NEW DELHI:
Ahli ekonomi terkenal, Surjit Bhalla meletak jawatan sebagai anggota Majlis Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri (PMEAC) India pada Selasa.

“Saya meletak jawatan sebagai anggota sambilan PMEAC mulai 1 Dis,” tulis Bhalla di Twitternya.

Menurut agensi berita Xinhua. PAEAC diketuai anggota Bibek Debroy, Niti Aayog.

Anggota sambilan lain, termasuk ahli ekonomi Rathin Roy, Ashima Goyal dan Shamika Ravi. Institut Kebangsaan Transformasi India (NITI) bertindak sebagai kumpulan pemikir dasar kerajaan India.

Berita peletakan jawatan Bhalla sehari selepas ketua institusi perbankan pusat India, Reserve Bank of India (RBI) Urjit Patel turun meletakkan jawatan atas ‘sebab peribadi’.

Patel meletak jawatan sebagai gabenor RBI pada Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.