
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan semalam berkata, penamatan tauliah berkenaan dibuat melalui mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-564 yang bersidang pada tarikh itu.
“Ia menjelaskan penyandang tauliah kehormat boleh dengan secara sukarela memohon supaya tauliahnya dibatalkan atas sebab-sebab peribadi.
“Tauliah kehormat boleh juga ditamatkan apabila pegawai berkenaan tidak lagi menjawat jawatan yang membawa tauliah kehormat tersebut,” kata kenyataan itu.
Pangkat Mejar Jeneral Kehormat kepada Mohd Irwan Serigar diberi atas jawatan beliau yang dilantik sebagai ketua setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan pada 30 Okt 2015.
“Oleh itu, tauliah tersebut tamat selepas Mohd Irwan Serigar tidak lagi memegang jawatan ketua setiausaha Perbendaharaan,” menurut kenyataan itu.