
Mereka tiba di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 11 pagi dan menghabiskan masa kira-kira 1/2 jam dengan Muhammad Adib Mohd Kassim, yang masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
Ketika ditemui pemberita, Najib berkata Adib sedar dan mengenali pelawatnya.
“Dia membuat isyarat ibu jari buat kali pertama. Ia adalah peningkatan yang sangat ketara.
“Saya doakan keadaannya bertambah baik,” katanya, sambil menambahkan Adib dapat mendengar walaupun dia masih tidak boleh bercakap.
Sementara itu, Rosmah berkata beliau bersyukur kerana Adib semakin baik.
“Saya doakan dia akan pulih sepenuhnya untuk perkahwinannya pada 21 Dis,” katanya, sambil menambah sebagai ibu, beliau memahami apa yang dilalui keluarga dan tunangnya.

Dia dimasukkan ke hospital selepas dipercayai menjadi mangsa serangan orang ramai di kuil itu pada pagi kedua kekecohan itu.
Dia pada mulanya menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya tetapi dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.
Dua hari lalu, dia tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung kerana jantungnya boleh berfungsi dengan sendiri.