Ketua audit negara: TH tidak rekod rosot nilai RM227.81 juta

Ketua audit negara: TH tidak rekod rosot nilai RM227.81 juta

Ketua audit negara melaporkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, penyata kewangan TH Heavy Engineering menerima penafian pendapat oleh juruaudit luar.

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) tidak merekodkan rosot nilai (impairment) berjumlah RM227.81 juta terhadap pelaburan dalam 3 syarikat subsidiari dan 3 syarikat bersekutu, lapor ketua audit negara hari ini.

Ia berlaku meskipun standard laporan kewangan Malaysia (MFRS) menetapkan peruntukan rosot nilai perlu dibuat sekiranya nilai dibawa (carrying amount) pelaburan adalah melebihi nilai diperoleh (recoverable amount), kata Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad dalam laporannya yang diterbitkan hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 tersebut juga mendedahkan TH tidak merekodkan rosot nilai itu khususnya pelaburan dalam syarikat bersekutu, TH Heavy Engineering berjumlah RM164.58 juta.

“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, penyata kewangan syarikat ini menerima penafian pendapat oleh juruaudit luar,” katanya.

Malah, kaedah penetapan polisi rosot nilai aset kewangan TH tidak konsisten, katanya.

Menurutnya, “terdapat perubahan polisi rosot nilai pada setiap tahun khususnya dalam tahun berakhir 31 Disember 2017 di mana polisi ini diubah sebanyak 2 kali.”

LKAN 2017 Siri 2 dikeluarkan hari ini oleh Jabatan Audit Negara bagi tempoh Jun hingga berakhir Disember 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.