30 militan Taliban maut dalam operasi tentera di Ghazni

30 militan Taliban maut dalam operasi tentera di Ghazni

Setakat ini tentera kerajaan berjaya menawan semula beberapa buah kampung.

Awal Nov lepas, militan Taliban menawan sejumlah kawasan yang luas di daerah Jaghori di timur Afghanistan. (Gambar AFP)

GHAZNI (Afghanistan): Kira-kira 30 anggota militan maut manakala beberapa orang lagi cedera dalam satu operasi pembersihan berterusan di kawasan Rasana dalam daerah Jaghori di wilayah Ghazni yang terletak di timur Afghanistan, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan tentera pada Isnin, operasi itu dilancarkan pada Ahad dan setakat ini tentera kerajaan berjaya menawan semula beberapa buah kampung.

Militan Taliban menawan sejumlah kawasan yang luas dalam daerah Jaghori pada awal Nov lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.