Indonesia miliki hampir 17,000 kanak-kanak jalanan

Indonesia miliki hampir 17,000 kanak-kanak jalanan

Jakarta berkata jumlah itu menurun berbanding 232,894 kanak-kanak pada 2006.

PETALING JAYA: Kementerian Hal Ehwal Sosial berkata terdapat kira-kira 16,920 kanak-kanak hidup di jalanan di Indonesia, lapor The Jakarta Post.

Pengarah Pemulihan Sosial kementerian itu, Edy Suharto dipetik sebagai berkata jumlah itu bagaimanapun tidak membimbangkan kerana ia menurun berbanding tahun sebelumnya.

“Ini adalah penurunan berbanding 232,894 kanak-kanak pada 2006,” katanya yang menyatakan kanak-kanak terbiar itu bertebaran di 21 wilayah di republik itu.

Jawa Barat merupakan wilayah terbesar kanak-kanak jalanan iaitu 2,953 orang, diikuti Jakarta (2,570), Jawa Timur (2,701) dan Jawa Tengah (1,477), Banten (556) dan Yogyakarta (503).

Manakala Sumatera Utara adalah wilayah yang mempunyai sejumlah besar kanak-kanak jalanan iaitu 1,000 orang diikuti Sumatera Barat (822) dan Sulawesi Selatan(652).

caption: (gambar kanak-kanak jalanan/terbiar)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.