Siapa yang tak tahu pasal keunikan budaya Jepun yang menjadi ikutan pelbagai pihak di dalam mahupun di luar negara.

Masih ingat bagaimana mereka membersihkan stadium selepas perlawanan bola sepak Piala Dunia di Russia dulu?
Begitupun kayanya nilai ketamadunan mereka, tetapi mereka juga mengamalkan perkara yang boleh dianggap pelik untuk pemahaman kita. Ada idea yang boleh diambil sebagai iktibar dan selebihnya sekadar pengetahuan, jangan ambil serius atau cuba diamalkan dengan budaya Malaysia, bahaya!
Kafe Peluk
Negara ini terkenal sebagai negara bujang sehinggakan banyak kempen menggalak kahwin dan beranak dianjurkan. Mungkin atas nota itu, Jepun memperkenalkan ‘kafe peluk’ di mana lelaki yang bujang mahupun yang keseorangan boleh ke pusat yang berlokasi di bandar Akibahara untuk mendapatkan peluk percuma dari staf wanita. Bagi perkhidmatan lain seperti merenung mata ke mata, membelai rambut staf wanita dan sebagainya dikenakan bayaran. Namun, tiada hubungan seks yang ditawarkan di sini!
Inemuri – siesta di pejabat
Boss anda boleh menjadi raksasa apabila melihat anda tidur? Ha… berbeza di Jepun apabila tidur di pejabat dibenarkan malah ia satu amalan paksaan kepada pekerja yang bekerja keras.
Budaya yang dikenali Inemuri ini memerlukan pekerja tidur sebentar berselang dengan waktu kerja untuk kembali segar dan meneruskan kerja pejabat. Budaya kerja di Jepun jauh berbeza, mereka tidak akan menjawab panggilan telefon sekalipun apabila bekerja, ehem…
Hotel kapsul
Berani tidur dalam bilik serupa bilik mayat? Anda hanya diberikan sebuah laci berupa katil, tarik, panjat dan tidur di dalamnya. Idea ini adalah untuk pelancong atau pengembara yang hanya mahukan tempat tidur sementara atau semalaman tanpa bayaran yang banyak. Ia terdapat di Osaka.
Hirup makanan tanda hargai kesedapan
Mungkin kita rasa tak selesa bila ada orang di sebelah hirup sup atau bising ketika makan. Tetapi di Jepun, ia adalah amalan yang dianggap menunjukkan kepuasan dan penghargaan kepada penyedia makanan tersebut.
Gigi bertindih
Kalau kita sibuk pakai pendakap gigi untuk memastikan barisan gigi teratur, di Jepun, anak gadis sanggup bedah atau memakai pendakap untuk mendapatkan gigi bertindih. Trend ini dikenali ‘yabae’ iaitu gigi berganda yang dianggap cantik.
Festival bogel
Pada festival ini, lelaki akan menangggalkan pakaian dan hanya menutup bahagian sulit dengan sehelai kain dipanggil ‘fundoshi’. Festival bogel ini dikenali Hadaka Matsuri disambut untuk meresap semangat kejahatan ke dalam badan mereka, mengikut kepercayaan nenek moyang.

Telur, pakaian dalam, ketam hidup dijual dalam mesin vending
Vending mesin bukanlah perkara asing tetapi bagaimana jika ia menjual benda pelik? Di Jepun antara barangan yang boleh dibeli guna mesin vending ialah telur segar, beras, tisu tandas, bunga segar, majalah porno, bateri, pakaian dalam dan juga ketam hidup. Menarik tak?
Festival sambut kemaluan lelaki
Ia berdasarkan sebuah kisah lagenda mengenai sumpahan syaitan yang lapar dan bergigi tajam ke atas kemaluan seorang wanita. Jadi seorang tukang besi tampil membuat kemaluan lelaki daripada besi bagi mematahkan gigi syaitan tersebut. Ekoran itu sebuah tugu dibina untuk menghormati tukang besi tersebut. Kini, ia disambut sebagai festival dengan menjunjung patung kemaluan lelaki mengelilingi bandar. Eeee… malulah!
Lelaki dewasa jadi anak angkat
Sebagai negara dengan komuniti tua, ramai yang tidak mempunyai anak untuk mewarisi keluarga, adat da budaya, rakyat di negara ini mempunyai amalan mengambil anak angkat. Peliknya, anak angkat ini adalah lelaki dewasa yang akan mewarisi harta pasangan tua.
Restoran makanan dalam tin
Di restoran ini, anda kena berjalan membeli-belah makanan dalam tin sebelum dihantar kepada pelayan atau tukang masak dan dihidang. Jadi, tiada menu di restotan Mr.Kanso ini, hanya tin-tin yang disusun rapi untuk dipilih.
Pegawai tolak penumpang dalam tren
Di Jepun ada satu peluang kerja, tugasnya adalah untuk menolak penumpang yang melimpah ruah ke dalam tren. Ini bagi memastikan semua orang dapat kejar tren selain ia menepati waktu. Bayangkan perkara sama di KTM pukul 5 hingga 7 petang…
KFC jadi pusat sambutan Krismas
Walaupun kurang 2% penduduk Jepun beragama Kristian dan ia sambutan minoriti tetapi pada malam Krismas, restoran rantaian makanan Kentucky Fried Chicken menjadi pusat berkumpul bersama keluarga dan rakan. Ia seolah menjadi tradisi kerana kesukaran mendapatkan ayam atau ayam Belanda di negara itu. Oleh itu, tempahan dilakukan 2 bulan lebih awal! Selain itu, fenomena ‘que’ panjang menanti giliran untuk makan berlaku luar restoran pada hari Krismas. Pelik kan!