
Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Fazrul Yusoff, 34, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di pasaraya Metrojaya, The Curve Mutiara Damansara, pada 6.18 petang, 17 Okt lalu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mencuri seunit permainan Transformers Vovager dan seunit permainan Marvel Mighty Mugs yang bernilai keseluruhan RM251 milik pasaraya itu, mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum penjara 10 tahun atau denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Asyh’ari Kamaruzaman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran ke atas tertuduh, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Yusri Yusoff merayu hukuman ringan atas alasan tertuduh insaf selain pengakuan salahnya menjimatkan kos dan masa mahkamah.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh keluar daripada pasaraya itu tanpa membuat sebarang bayaran sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan dan dibawa ke balai polis berhampiran.
Difahamkan dia mencuri set permainan itu bagi melengkapkan koleksi mainan miliknya.