FMT temani anak yatim ‘bergembira’ dengan Ralph

FMT temani anak yatim ‘bergembira’ dengan Ralph

FMT mengadakan projek CSR dengan Assunta Children Society dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah, di Starling Mall, Sabtu lalu.

PETALING JAYA:
Keseronokan yang dirasai – dari perbualan yang tidak berhenti, gelak tawa dan senyuman lebar, jelas tergambar di wajah 55 anak yatim yang disantuni portal berita dalam talian, Free Malaysia Today (FMT) dengan menonton filem dan makan tengah hari, Sabtu lalu.

Kanak-kanak tersebut adalah dari Assunta Children Society dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah.

Penyampaikan cek bernilai RM7,000, sumbangan daripada FMT kepada setiap rumah anak yatim disampaikan oleh Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, yang turut menghabiskan masa bermesra dengan anak-anak sebelum tayangan filem bermula.

Santiago memuji usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) FMT, mengatakan portal berita lain harus melakukan perkara yang sama.

Beliau juga berkata usaha itu tidak sepatutnya menjadi perkara yang berlaku sekali sahaja tetapi ia menjadi sebahagian pelan perniagaan organisasi itu supaya ia dapat dilaksanakan sepanjang tahun.

“Tujuannya bukanlah untuk bergambar tetapi membawa perubahan kepada orang yang kita temui dengan cara yang bermakna.”

Walaupun menonton filem dan makan tengah hari adalah perkara biasa dalam masyarakat, bagi anak-anak yatim, hari di mana mereka keluar ke cineplex pusat membeli-belah sangat bermakna bagi mereka.

Sambil menunggu filem Disney “Ralph Breaks the Internet”, bermula mengujakan mereka dengan menghabiskan masa merakam gambar dengan rakan-rakan, berbual dengan kakitangan FMT dan berdiri kagum di sebelah patung Kapten Amerika di ruang menunggu cineplex MBO, Starling Mall.

Anak yatim dari rumah Taman Megah menunggu tayangan filem ‘Ralph Breaks the Internet’ bermula.
Kanak-anak berjalan dalam barisan ke dewan pawagam sambil diperhati oleh Santiago.

Bagi sesetengah mereka, acara khas pada pagi Sabtu itu bersejarah kerana ini kali pertama mereka menonton filem di skrin layar.

Kanak-kanak itu menjerit ‘Oooh’ dan ‘Ahhhh’ ketika memasuki panggung wayang dan mengambil tempat masing-masing di mana popcorn, air mineral dan biskut Famous Amos disediakan.

Bagaimanapun, R Vikeneswaran yang berusia 14 tahun agak bertuah – filem terakhir yang ditontonnya 3 tahun lalu adalah “Pixel” yang dibintangi Adam Sandler.

Vikeneswaran berkata menonton “Ralph Breaks the Internet” dan kemudiannya menikmati hidangan yang ditaja FMT, adalah sesuatu yang baik untuk memulakan cuti persekolahan.

Kanak-kanak dari rumah Assunta tersenyum di Dave’s Deli.
Anak yatim dari rumah Taman Megah menikmati hidangan ‘chicken chop’ dan ‘fish and chip’.

“Saya benar-benar menikmatinya, hari ini sangat seronok dan saya berada di samping semua kawan saya. Makan tengah hari juga hebat,” katanya, merujuk kepada “chicken chop” dan “fish and chip” dari Dave’s Deli.

Vikeneswaran juga berkata dia berharap untuk lebih banyak filem dapat ditonton pada masa depan, satu petunjuk yang jelas ia menawan semua yang hadir.

Pengarah Persatuan Kanak-kanak Assunta, Sister Maria Chen berkata kanak-kanak itu sangat teruja apabila mereka mendengar tentang acara pada hari itu dan bangun awal pagi, bersemangat untuk memulakan hari itu.

“Hari ini berjalan dengan baik untuk mereka, kanak-kanak benar-benar menikmati filem dan makan tengah hari, dan ia adalah acara yang hebat.”

“Melihat kanak-kanak menghabiskan masa menonton filem adalah sesuatu yang tidak ternilai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FMT, Rajendran Menon.

“Kerana kita semua pernah bergelar kanak-kanak, kita merasa cara terbaik untuk memulakan projek CSR pertama kami adalah untuk memberi kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan yang dilupakan. Dan kami berbangga kami lakukannya.

“Kami merancang untuk melakukan lebih banyak projek CSR pada tahun-tahun mendatang,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kakitangan FMT atas kerja keras dan perancangan untuk acara tersebut.

Seorang kanak-kanak dari rumah Taman Megah tersenyum ketika menikmati makan tengahari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.