
Ketua Pengarah Mohammad Hamdan Wahid berkata bomba akan membuat laporan polis terhadap mana-mana orang yang membuat “kenyataan tidak berasas” itu.
“Pihak-pihak tertentu jangan buat kenyataan yang tidak berasas. Kita dalam proses membuat laporan polis,” kata Hamdan kepada pemberita di Institut Jantung Negara malam tadi.
Beliau mengingatkan ada undang-undang untuk menangani dakwaan tidak betul dan bomba akan melindungi integritinya.
Awal hari ini, jurucakap pasukan petugas Kuil Sri Maha Mariamman yang diketuai S Ramaji mendakwa Muhammad Adib Kassim, 24, tidak diserang oleh perusuh seperti yang dilaporkan tetapi dilanggar oleh jentera bomba.
Ramaji membuat dakwaan itu sambil menunjukkan video yang disiarkan di Facebook.
Hamdan menafikan dakwaan itu dan berkata anggota yang dipaparkan dalam video itu ialah Muhammad Hazim Rahimi, yang menyertai sidang media hari ini.
Hazim tidak mengalami kecederaan.
Hazim berkata orang menyangka dirinya Adib kerana semasa dia melarikan diri daripada perusuh, dia memanjat van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan bukan jentera bomba.
Adib mengalami kecederaan parah dalam keganasan di kuil itu semalam.
Bomba berkejaran ke lokasi kejadian untuk memadam kereta yang terbakar tetapi penunjuk perasaan menyerbu mereka, memaksa mereka berundur.
Hamdan berkata jentera bomba berundur kerana mereka ternampak penunjuk perasaan membawa senjata dan keadaan ketika itu berpotensi menjadi berbahaya.
“Adakah mereka bersikap bermusuhan atau menggunakan layanan baik? Sebab itulah kami berundur,” katanya, meminta orang ramai menonton video-video kejadian.
Adib masih parah
Adib dilaporkan berada di tempat duduk depan bahagian penumpang van EMRS itu apabila dia ditarik keluar oleh perusuh.
Dilaporkan anggota bomba lain tidak sedar dia tertinggal sehinggalah mereka tiba di Balai Bomba Subang Jaya.
Adib dirawat di unit rawatan rapi Pusat Perubatan Subang Jaya sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara semalam.
Beliau mengalami kecederaan dalaman yang serius dan keretakan tulang.
IJN dalam kenyataan berkata Adib berkata menunjukkan tindak balas positif terhadap rawatan tetapi masih kritikal dan memerlukan pemantauan dan sokongan ICU berterusan untuk jangka waktu tertentu.
IJN berkata rawatan konvensional tidak mencukupi kerana kecederaan dalaman yang parah, melibatkan paru-paru dan organ lain.
Selepas menilai keadaan Adib, para doktor membuat keutusan untuk menyediakan sokongan cardio-pulmonary sepenuhnya kepada pesakit itu dengan sistem Extra Corporeal Membrane Oxygenation.
Keadaan Adib dipantau oleh 6 pakar.