
Salah seorang penganjur, V Suresh, berkata mereka yang menghadiri perhimpunan itu datang dari seluruh negara.
“Dari Kedah ke Johor Bahru, dari Kelantan ke Terengganu. Mereka datang sendiri,” katanya kepada FMT.
“Kami pergi ke Kementerian Dalam Negeri sebelum itu untuk perbincangan, dan mereka memberitahu supaya kami datang ke JPN dengan dokumen,” katanya.

Menurut Suresh, mereka adalah “mangsa” kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang tidak pernah mengeluarkan dokumen rasmi kepada mereka.
“Sampai sekarang, kami tidak pergi kepada mana-mana menteri India dari Pakatan Harapan (PH),” katanya. “Kami berurusan dengan kementerian dalam negeri dan mereka setuju untuk membantu kami.

Beliau mendakwa kaum India diketepikan selama beberapa dekad kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.
“Malah untuk pembakaran mayat atau hak pengebumian, kami berdepan masalah. Cukup-cukuplah,” katanya.