Kecoh kuil Seafield: Polis tahan 2 lelaki bantu siasatan

Kecoh kuil Seafield: Polis tahan 2 lelaki bantu siasatan

Individu berkenaan ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang akibat tercedera dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi.

Insiden kekecohan dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara 2 kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil berusia lebih 100 tahun.
SUBANG JAYA:
Dua lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, 2 individu berkenaan ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang pagi tadi akibat tercedera dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi.

“Sebanyak 18 buah kereta pelbagai jenis dan 2 motosikal turut dibakar dalam kejadian berkenaan. Sebuah kereta peronda polis turut rosak akibat dibaling batu oleh perusuh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, hari ini.

Insiden kekecohan itu dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara 2 kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil, yang berusia lebih 100 tahun.

Video kejadian itu viral dalam media sosial. Turut dilaporkan banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sekitar kawasan berkenaan pada waktu puncak pagi ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.