5 keldai dadah ditembak mati di sempadan Thailand-Myanmar 

5 keldai dadah ditembak mati di sempadan Thailand-Myanmar 

Lima mayat keldai dadah itu ditemui dalam hutan bersama kira-kira sejuta tablet Syabu.

Mayat 5 keldai dadah ditemui di banjaran gunung Nangnon, daerah Mae Sai di Chiang Rai, selepas berbalas tembakan dengan tentera Thailand, lewat malam Sabtu. (Gambar bernama)
BANGKOK:
Lima keldai dadah terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan tentera Thailand yang meronda di banjaran gunung Nangnon di daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, kira-kira 700m dari sempadan Thailand-Myanmar.

Pertempuran selama 15 minit itu berlaku lewat malam Sabtu, apabila pasukan tentera mengesan 7 lelaki membawa karung berisi dadah di hutan berkenaan, kata Rejimen Cavalry Kedua, Pasukan Phanmuang.

“Anggota tentera pergi semula (pada Ahad pagi) ke tempat berlakunya pertempuran dan menemui 5 mayat pembawa dadah berkenaan bersama kira-kira 1 juta tablet “Yaba” (Syabu),” katanya menjelaskan setiap lelaki terbunuh itu membawa karung berisi 200,000 tablet.

Pihak berkuasa belum mengenal pasti identiti dan kerakyatan mereka yang terbunuh itu, walaupun  terdapat spekulasi lelaki terbabit daripada suku kaum tinggal di wilayah pergunungan di sepanjang kawasan sempadan.

Tiada anggota tentera cedera dalam pertempuran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.