Rizab antarabangsa BNM sebanyak AS$102.1 bilion pada 15 Nov

Rizab antarabangsa BNM sebanyak AS$102.1 bilion pada 15 Nov

Kedudukan rizab memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa BNM terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.4 bilion, kedudukan rizab IMF (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).
KUALA LUMPUR:
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.1 bilion pada 15 Nov berbanding AS$101.7 bilion pada 31 Okt, 2018.

Bank pusat itu, dalam kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$96.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

BNM berkata, aset termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR adalah sebanyak RM423.4 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.98 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM7.05 bilion).

Liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.89 bilion), mata wang dalam edaran (RM102.47 bilion), deposit institusi kewangan (RM158.97 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.64 bilion), deposit-deposit lain (RM883.53 juta), kertas BNM (RM26.99 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion), dan liabiliti lain (RM2.91 bilion).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.