
Meskipun beliau dijangka ditemui para pegawai polis New South Wales sejurus selepas ketibaannya, berhubung waran tangkap yang belum dilaksana, wanita berusia 41 tahun itu kelihatan seolah-olah mengelak ditahan pihak berkuasa buat masa ini.
Bagaimanapun, pihak polis berkata beliau tetap berdepan soal siasat berhubung satu kes memandu laju pada 2005 membabitkan sebuah kenderaan curi beberapa bulan sebelum ditahan kerana cuba menyeludup masuk heroin seberat 2.7 kg ke Australia, lapor agensi berita China Xinhua.
Selepas dikejar oleh media di lapangan terbang, Lawrence hanya mengungkapkan satu kenyataan dalam bahasa Indonesia yang bermaksud “Terima kasih kepada kerajaan Indonesia, itu sahaja.”
Beliau adalah satu-satunya anggota wanita dalam sindiket penyeludupan “Bali Nine” dan satu-satunya anggota kumpulan itu yang dibebaskan.
Pemimpin sindiket itu, Andrew Chan dan Myuran Sukamaran dihukum mati oleh pihak berkuasa Indonesia pada 2015.