
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata ini selaras dengan usaha memartabat Bahasa Melayu termasuk dari segi penggunaannya dalam urusan rasmi kerajaan.
“Cuma saya dapati ada sedikit kelemahan dalam penterjemahan beberapa terma melibatkan bidang kehakiman dalam kamus undang-undang terbitan DBP.
“Perkara ini perlu diperbaiki untuk menjadikan penterjemahan lebih baik dan memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menggunakan kamus itu,” katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Penghujahan Mahkamah Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaya (UM) hari ini.
Majlis itu anjuran bersama DBP, Majlis Peguam Malaysia dan UM.