4 tips ‘mudah lekat’ untuk timang cahaya mata

4 tips ‘mudah lekat’ untuk timang cahaya mata

Bagi sesetengah pasangan yang masih kabur, baca di bawah tips untuk merancang kehamilan anda.

Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah tentu mengimpikan untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.

Sebenarnya terdapat beberapa cara ‘mudah lekat’ untuk anda merancang kehamilan dengan mudah. 4 tips di bawah mungkin dapat membantu.

Awasi kitaran haid

Kenali waktu subur iaitu fasa ovulasi! Ia adalah waktu yang terbaik untuk mengadakan hubungan intim dan merealisasikan kehamilan.

Bagaimana untuk mengetahu waktu ovulasi? Mudah sahaja, ia dihitung dari hari bermulanya haid dan ovulasi berlaku sehingga hari ke-14. Jadi hari ke-9 adalah waktu paling sesuai. Good luck!

Kedudukan sewaktu ‘bersama’

Menurut pakar seks Klinik Kesuburan Cleveland, Dr. James Goldfarb, rahim perempuan tidak dipengaruhi oleh posisi berhubungan seksual. Namun posisi ‘menentang graviti’ mungkin akan mengurangkan peratus kehamilan. Begitu juga dengan sering bertukar posisi.

Pakar menyarankan untuk berbaring selama 10 hingga 15 minit untuk memberikan kesempatan pada sperma menuju ovum atau telur. Elak terus berlari ke bilik air!

Jangan ‘overdo’

Iya, anda dan pasangan mahu memastikan setiap peluang yang ada digunakan sebaik mungkin. Sperma boleh bertahan hingga 72 jam setelah berhubungan seksual. Hubungan seksual secara rutin pada waktu saat ovulasi adalah lebih disarankan.

Pemeriksaan awal kesuburan

Tidak salah untuk melakukan pemeriksaan kesuburan sebelum berhubungan seksual. Pemeriksaan ini berguna untuk menilai keadaan kesihatan seksual tubuh.

Pasangan suami isteri juga lebih baik melalui sesi de-stres dan melakukan gaya hidup sihat.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.