Pembangkang larang Australia pindah kedutaan ke Baitumaqdis

Pembangkang larang Australia pindah kedutaan ke Baitumaqdis

Parti Buruh Australia berkata perpindahan itu boleh membahayakan hubungan Australia dengan Indonesia.

Australia menjadi negara ke-2 di dunia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. (Gambar AFP)
CANBERRA:
Parti Buruh Australia (ALP) mahu Perdana Menteri Scott Morrison membatalkan rancangannya memindahkan kedutaan negara itu di Israel ke Baitulmaqdis.

Jurucakap Hal Ehwal Luar parti pembangkang itu, Penny Wong pada Khamis mengatakan, langkah memindahkan kedutaan Australia dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tidak perlu kerana ia boleh membahayakan hubungan Australia dengan Indonesia.

Sementara itu, menurut Morrison keputusan muktamad berhubung perkara tersebut akan dibuat pada 25 Disember, selepas bertemu Presiden Indonesia Joko Widodo, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Oktober, beliau “terbuka” dalam hal itu, menjadikan Australia negara ke-2 di dunia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, selepas Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Kerajaan Indonesia menolak cadangan itu dengan alasan majoriti Islam konservatif di negara tersebut tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Morrison mengumumkan perkara berkenaan beberapa hari selepas beliau dan Widodo bersetuju dengan perjanjian perdagangan bebas yang mengambil masa bertahun lamanya untuk diselesaikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.