Wanita Malaysia, Kimberly Ho tersenarai dalam Forbes bawah 30

Wanita Malaysia, Kimberly Ho tersenarai dalam Forbes bawah 30

Kimberly memulakan perniagaan produk penjagaan kulit kanak-kanak bebas toksik, Evereden pada Mac 2018 yang lalu.

Seorang wanita muda berusia 28 tahun dari Malaysia disenaraikan namanya dalam Forbes bawah 30 atas pencapaiannya membangunkan produk penjagaan kulit bebas toksik untuk kanak-kanak.

Wanita itu, Kimberly Ho, mengasaskan produk jenama Evereden yang berpusat di Amerika Syarikat menjadi antara jenama yang disenaraikan di bawah kategori runcit dan e-dagang edisi Forbes ‘2019.

Menariknya mengenai Kimberly, dia ke Amerika Syarikat ketika berusia 18 tahun untuk melanjutkan pengajan dalam bidang ekonomi di Universiti Stanford dan bekerja di Wall Street sebagai pelabur jenama pengguna di mana dia melihat keperluan untuk membangunkan produk selamat dan semula jadi untuk kanak-kanak.

Memetik laporan majalah Forbes, Kimberly berkata, dia membelikan produk penjagaan kulit kanak-kanak kepada rakan-rakanya di Asia, dan menyedari betapa ia tidak selamat dan jauh berbeza daripada jaminan yang diberikan.

Selepas berkerja di beberapa tempat termasuk syarikat perbankan pelaburan Goldman Sachs dan firma pengurusan pelaburan Oaktree Capital, Kimberly memulakan Evereden pada bulan Mac 2018.

“Sejak dilancarkan, ia mengutip AS$2 juta (RM8.38 juta) dan menerima penghargaan daripada Bobbi Brown dan Vogue,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.