Video lelaki sujud kaki isteri minta jangan dicerai viral

Video lelaki sujud kaki isteri minta jangan dicerai viral

Pasangan itu baru berkahwin 2 bulan lepas tetapi diceraikan isteri kerana suaminya seorang kaki pukul.

Satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki muda sujud kaki isteri sambil menyembah meminta maaf viral di laman sosial.

Rupanya wanita itu berada di pejabat agama untuk kes perceraian, manakala lelaki itu memujuk rayu dengan meminta maaf agar tidak diceraikan.

Kejadian itu bagaimanapun dilaporkan berlaku di Pejabat Agama Sulawesi, Indonesia dan dikongsi lebih 2000 kali oleh netizen.

Rakaman itu dimuatnaik oleh pengguna Facebook, Norima Khalid turut menulis, “Seorang lelaki menangis sujud, di hadapan isterinya, memohon agar membatalkan perceraiannya.
#Prihatin

“Sedih jugak tengok tapi tu lah.. Suka pukul isteri.. Nafkah tak bagi.. Mana ada isteri yang tahan.. Hati perempuan kalau lembut selembutnya. Tapi kalau dah keras, sujud ke apa, tak akan dapat boleh lembutkan balik..
Hargai isteri.”

Menurut laporan agensi berita, isterinya mendakwa lelaki itu sebagai seorang kaki pukul selain tidak memberi nafkah tetapi tampil meraung menangis apabila diajak bercerai.

Walaupun cuba ditenangkan oleh isterinya, dia tetap enggan menerima perceraian dan terus menangis tanpa menghiraukan orang ramai termasuk rakaman tersebut.

Tambah laporan itu lagi, pasangan tersebut baru 2 bulan berkahwin.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.