Pasang bendera IS, pemimpin FPI Indonesia ditahan polis Saudi

Pasang bendera IS, pemimpin FPI Indonesia ditahan polis Saudi

Habib Rizieq Shihab disiasat polis Mekah selepas dilaporkan memasang bendera yang mempunyai kalimah tauhid di tembok rumahnya, Isnin lalu.

Bendera simbol IS yang dipasang pada tembok rumah Habib Rizieq Shihab. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tokoh Islam Indonesia, Habib Rizieq Shihab disoal siasat pihak berkuasa Arab Saudi selepas dikatakan memasang bendera simbol IS di kediamannya di Mekah, lapor Detik News.

Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) itu disiasat polis Mekah pada jam 4.00 petang (waktu tempatan) berhubung satu laporan mengatakan terdapatnya pemasangan bendera yang mempunyai kalimah tauhid di tembok rumahnya pada Isnin.

Foto kediaman dan ketika beliau disiasat polis Saudi kemudiannya tersebar di media sosial, termasuk di Indonesia. Rizieq bagaimanapun mendakwa beliau difitnah dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

“Info terbaru dari Mekah, Habib Rizieq meminta pihak berkuasa Saudi untuk menyiasat orang yang memasang bendera di dinding luar rumah beliau dan penyebar foto beliau saat disoal siasat polis Saudi,” peguam FPI, Munarman dipetik sebagai berkata.

Munurut Munarman, pihak berkuasa Saudi bengang dengan penyebaran berita Rizieq yang dilaporkan gambarnya diambil menggunakan kamera jarak jauh.

Rizieq juga dilaporkan mengaitkan pemasangan bendara itu dengan badan perisik Indonesia, Badan Inteligent Negara (BIN). Bagaimanapun BIN menafikan menepis tuduhan tersebut.

“Jadi tuduhan BIN menjadi dalang penangkapan Rizieq oleh polisi Saudi adalah ‘hoax’.

“Tuduhan pemasangan bendera tauhid di tembok juga tidak ada bukti yang memasangnya ialah BIN, apalagi mengambil gambar dan melaporkan kepada polis Saudi,” kata jurucakap Ketua BIN, Wawan Hari Purwanto.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.