Jangan sorok barang keperluan pada musim tengkujuh, kata KPDNHEP

Jangan sorok barang keperluan pada musim tengkujuh, kata KPDNHEP

KPDNHEP sentiasa membuat pemantauan bagi mengelakkan ekploitasi atau kenaikan harga makanan dan keperluan lain secara melampau.

Saifuddin Nasution berkata, bekalan makanan utama rakyat adalah mencukupi, sama ada pada musim tengkujuh mahupun sambutan perayaan.
SHAH ALAM:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyorokkan bekalan barangan keperluan semasa musim tengkujuh.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa memantau isu berkenaan bagi mengelakkan berlakunya ekploitasi atau kenaikan harga makanan dan keperluan lain secara melampau.

“Jika berlakunya aktiviti ini (menyorokkan bekalan) yang mana peniaga mahu kaut untung berlebihan atas musibah (tengkujuh) yang berlaku, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada laporan yang diterima berkaitan isu ini. Kesemua barangan keperluan adalah mencukupi,” katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan kad “Aeon member Plus Visa” dan aplikasi “Aeon Wallet” di pusat membeli-belah Aeon Shah Alam, di sini semalam.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution turut menegaskan bahawa bekalan makanan utama rakyat adalah mencukupi sama ada pada musim tengkujuh mahupun sebarang sambutan perayaan.

Beliau berkata, isu berkaitan kecukupan bekalan barangan keperluan membabitkan tanggungjawab pelbagai zon di semua kementerian termasuk KPDNHEP demi menjaga kebajikan rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.