Najib dipanggil SPRM berhubung penyelewengan projek solar sekolah Sarawak

Najib dipanggil SPRM berhubung penyelewengan projek solar sekolah Sarawak

Kenderaan dinaiki Najib Razak kelihatan masuk ke ibu pejabat SPRM melalui pintu belakang pada jam 9.40 pagi.

Najib Razak menemani isterinya di Mahkamah Sesyen pagi tadi, sebelum hadir ke ibu pejabat SPRM. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, bagi memberi keterangan antaranya dipercayai berkaitan siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Kenderaan dinaiki Najib kelihatan masuk ke ibu pejabat tersebut melalui pintu belakang pada kira-kira pukul 9.40 pagi.

Terdahulu, bekas perdana menteri itu menemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi, bagi mendengar prosiding sebutan kes.

Pada Oktober lepas, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid turut dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama 5 jam berhubung kes sama.

Sebelum itu, pada 9 Julai, bekas pegawai khas kepada Najib ditahan SPRM sebelum direman 6 hari bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.