
Di Malaysia, rata-rata kanak-kanak semuda usia 8 tahun sudah boleh menyediakan semangkuk sup mi segera tanpa memerlukan bantuan ibu bapa, sekadar pengawasan pun sudah cukup.
Apabila mencecah usia 10 tahun dan ke atas, mereka boleh kendalikan sendiri dapur rumah untuk memasak mi segera atau ramen mahupun mana-mana paket makanan segera.
Satu kajian yang di Amerika Syarikat mendapati produk makanan segera ini menjadi salah satu penyebab utama daripada 5 kecederaan yang berlaku pada kanak-kanak.
Ia membuatkan para pengkaji mempersoalkan keselamatan makanan ini.
“Kalau selama orang menganggap bahawa sup segera sebagai selamat, tetapi hakikatnya tidak,” kata pakar pediatrik University Emory, Dr. Courtney Allen yang mengetuai kajian itu, petik CNN.
Ia bukan mengenai bahaya kesihatan kerana bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, tetapi mengenai kecederaan fizikal.
Kajian ini menganalisis data yang melibatkan lebih 4,500 kecederaan pada kanak-kanak berusia 4-12 tahun dalam tempoh 11 tahun berdasarkan data dari Sistem Pengawasan Kecederaan Elektronik Kebangsaan.
Penyelidik mendapati 972 kecederaan melibatkan produk mi segera dan penggunaan ketuhar gelombang mikro atau 21.5% daripada jumlah sampel.
Keputusan ini menganggarkan, mi segera menyebabkan 10,000 kecederaan kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat setiap tahun.
Dalam kajian yang dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Akademi Pediatrik Amerika, para penyelidik juga mendedahkan lebih 90% kanak-kanak yang dibawa ke unit kecemasan akibat kulitnya terbakar adalah disebabkan mi segera panas. Sesetengah luka memerlukan rawatan sehingga pembedahan.
Penyelidik juga mendapati, kebanyakan kecederaan berlaku di bahagian bahu hingga ke peha, dan berlaku pada kanak-kanak berumur antara 4-7 tahun.
Apa pun sebabnya, Allen mencadangkan agar semua orang lebih berhati-hati apabila membenarkan anak mengendalikan penyediaan mi segera.
“Jika anda masih mahu anak anda memasak atau menyediakannya, pastika ia diawasi,” kata Allen.
Sementara itu, ketua jabatan di Shriners Hospitasls for Children – California Utara, David Greenhalgh yang mengendalikan kecederaan mengakui menerima banyak kes kebakaran pada kanak-kanak akibat mi segera.
“Mereka menumpahkannya dan terkena pada tubuh, mereka datang ke hospital dan kami terpaksa memberitahu ibu bapa cara merawat luka lecur dan adakalanya ia melibatkan pembedahan. Saya tidak terkejut dengan hasil kajian ini,” ujar Greenhalg mengulas hasil kajian tersebut.