
Pengerusi Datuk Rashid Din berkata mana-mana calon boleh membuat dakwaan tetapi tidak mempunyai bukti menyokong dakwaan itu.
“Saya tidak tahu sebab ada dakwaan itu dibuat tetapi pemilihan di beberapa bahagian diadakan semula sebab kita rasa pemilihan itu tidak adil,” katanya.
Semalam Haniza dilapor terlalu banyak unsur curiga dalam pemilihan kali ini yang sepatutnya boleh dibendung lebih awal jika JPP memainkan peranan dengan jujur.
Antara kecurigaan yang ditimbulkan adalah pemilihan semula di beberapa bahagian dan kenaikan mendadak jumlah keahlian di bahagian Julau, Sarawak daripada 603 kepada 13,000 ahli dalam masa singkat.
Pemilihan PKR bagi Sarawak dijangka diadakan hujung minggu ini. Pertandingan untuk jawatan timbalan presiden PKR meyaksikan persaingan sengit antara Rafizi Ramli dan Menteri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Haniza pula sedang bersaing dengan Timbalan Menteri Fuziah Salleh.
Sementara itu, Rashid menerima kritikan Haniza itu sebagai dakwaan seorang calon yang tidak memahami kerja-kerja JPP.
“Nak cari salah memang senang. Mereka tak faham kita punya kerja tapi boleh komen macam-macam. Kalau nak kritik juga, kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya.
Setakat ini keputusan di 6 negeri sudah dimuktamadkan iaitu Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pemilihan PKR hanya berbaki satu negeri lagi, iaitu Sarawak yang akan memilih pada 10 November ini, dengan tumpuan kepada Bahagian Julau dan Lubok Antu.
Bagaimanapun pemilihan PKR Pensiangan, Keningau dan Tawau di Sabah yang digantung, dan beberapa lagi PKR bahagian di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Labuan yang perlu diadakan semula.