Institut UKM batal forum masyarakat India migrasi atau imigran

Institut UKM batal forum masyarakat India migrasi atau imigran

Institut Alam dan Tamadun Melayu mengumumkan pembatalan forum yang mengundang kontoversi itu di Facebook hari ini.

PETALING JAYA: Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini mengumumkan forum Polemik Kehadiran Masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu: Migrasi atau Imigran yang mengundang kontroversi dibatalkan.

Program ini batal,” kata laman Facebook rasmi Atma tanpa menjelaskan sebab-sebab pembatalan itu.

Pengumuman dibuat selepas beberapa jam sebuah pertubuhan politik, Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) berkata penganjuran program itu “memalukan” kerana Malaysia Baharu sepatutnya mengetepikan soal perkauman dan “perkara yang menimbulkan kebencian antara kaum”.

Forum itu yang merupakan sebahagian daripada siri dialog anjuran Atma sepatutnya diadakan pada 14 November ini.

Ia menampilkan 4 panel iaitu Datuk Ahmad Murad Merican dan Nasha Rodziadi Khaw dari Universiti Sains Malaysia (USM), Timbalan Pengarah Atma Zuliskandar Ramli dan penganalisis politik Azharuddin Mohamed Dali dari Universiti Malaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.