Najib gesa Guan Eng perhatikan paras rizab antarabangsa

Najib gesa Guan Eng perhatikan paras rizab antarabangsa

Bekas perdana menteri menggesa Lim Guan Eng memberi perhatian kepada kejatuhan paras rizab antarabangsa jatuh RM35 bilion sejak pertengahan April.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak membunyikan amaran dan menggesa Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi perhatian kepada kejatuhan paras rizab antarabangsa, menegaskan ia risiko baru untuk negara.

Bekas perdana menteri berkata rizab mengalami trend menurun “akibat pengaliran keluar berterusan dana pelabur asing” selepas pilihan raya umum pada Mei kepada AS$101.7 bilion pada 31 Oktober.

“Sebelum itu ia meningkat naik,” katanya di Facebook sambil memuatnaik graf rizab dari Januari hingga Oktober.

Graf tersebut menunjukkan trend peningkatan dari bulan ke bulan dari Januari hingga April dan selepas itu menurun hingga dari bulan ke bulan hingga Oktober.

“Rizab kita sudah jatuh AS$8.3 bilion sejak pertengahan April,” katanya.

Najib maklum Bank Negara mengumumkan AS$101.7 bilion itu memadai untuk membiayai 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek, tetapi paras rizab negara sebelum PRU14 tidak pernah bawah 1.0 kali dan “biasanya 1.1 kali dan ke atas”.

“Kebimbangan saya ialah angka 0.9 kali hutang asing jangka pendek ini,” katanya. “Rizab kita tidak cukup untuk membayar semua hutang asing jangka pendek bila dituntut dan merupakan satu risiko baru untuk negara.”

“Maksudnya, kita hutang orang asing AS$100 tetapi hanya ada matawang asing berjumlah AS$90 untuk membayar,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.