
Tidak pasti jika apa yang ditulis adalah benar atau sebaliknya, tetapi ia mungkin akan memberi rasa ‘seronok’ kerana hampir semua yang dinyatakan positif belaka selain menyerlah sisi unik ‘bayi’ November.
Mari kita lihat satu per satu.
1. Seorang rakan yang baik
Mereka yang lahir pada bulan November amat menghargai nilai persahabatan dan amat setia dengan rakan. Mereka akan menjadi peneman yang baik. Boleh anda mengimbas rakan baik yang lahir bulan ini?
2. Biasanya kidal
Menurut satu kajian yan dijalankan di Jerman, bayi lelaki yang lahir pada bulan November mungkin kidal. Ini kerana mereka memiliki tahap hormon testosteron yang tinggi yang mana melambatkan proses tumbesaran otak sebelah kiri maka memperlahankan kemampuan tubuh sebelah kanan. Tubuh sebelah kiri lebih cepat bertindak.

3. Rendah risiko penyakit tertentu
Menurut penyelidikan Universiti Oxford, mereka yang lahir pada bulan November, kurang berisiko mengalami multiple sklerosis, sakit jantung atau kanser paru-paru.
4. Mempunyai tarikan
Rupanya mereka yang lahir bukan November ada tarikan tersendiri. Ada sesuatu yang membuatkan kita selesa dan mudah mendampingi mereka yang lahir bulan ini. Adakah anda teringatkan teman wanita atau lelaki anda sekarang?
5. Kurang berdepan depressi
Hmm… mungkin mereka ada kelebihan megendali tekanan. Ini dibuktikan menerusi satu penyelidikan di United Kingdom apabila ia menyatakan bayi yang lahir bulan November kemungkinan lebih rendah risiko mengalami depresi. Ia bertentangan dengan bayi yang lahir pada bulan Mac dan April.

6. Menjadi selebriti atau seseorang yang dekat dengan selebriti
Tahukah anda, Scarlett Johansson, Leonardo DiCaprio, Ryan Gosling, Emma Stone, Josh Duhamel, Matthew McConaughey, Aiswarya Rai, Shah Rukh Khan, Kamal Hassan, Bruce Lee, Yuna, Diana Danielle lahir pada bulan November? Mereka yang lahir bulan ini, bolehlah ‘try luck’!
7. Berkemungkinan menjadi atlet
Berdasarkan gen dan faktor lain termasuk kadar vitamin D pada waktu kehamilan, anak yang lahir pada bulan November mempunyai fizikal yang kuat, justeru berkemungkinan terlibat dalam sukan, aktiviti fizikal atau lasak.