
Hampir 9,000 rakyat Venezuela kembali ke negara itu selepas Presiden Nicolas Maduro memperkenalkan inisiatif tersebut pada Ogos.
Setakat ini, sejumlah 6,663 orang kembali dari Brazil, 95 dari Republik Dominika, 854 (Peru), 305 (Colombia), 836 (Ecuador), 171 (Argentina), 2 dari Chile manakala seorang dari Panama.
Survei ke atas peserta pelan penghantaran pulang itu menunjukkan majoriti daripada mereka memilih untuk kembali berikutan layanan buruk, sifat perkauman, xenofobia, penderaan dan kekurangan peluang pekerjaan di luar negara.
Laporan menunjukkan bahawa 66% rakyta Venezuela yang kembali adalah orang dewasa, 55% daripadanya wanita, 45% lelaki, 12% warga emas dan 16% remaja.
Proses 3 langkah Pelan Kepulangan ke Tanah Air itu memerlukan peserta mendaftar terlebih dahulu bagi mengatur pengangkutan yang dibiayai negara dan penyemulaan sistem sosial Venezuela.