Ada sebab anda kena pertimbangkan insuran perjalanan ketika melancong

Ada sebab anda kena pertimbangkan insuran perjalanan ketika melancong

Ramai yang menganggap insuran perjalanan sekadar menambah belanja tetapi sebenarnya ia jauh lebih penting daripada yang kita sangkakan.

Apabila merancang sesuatu percutian, anda pasti mahu menjimatkan sebanyak mungkin perbelanjaan misalnya mencari penerbangan murah atau berbaloi dan yang tidak mengenakan caj tambahan yang bukan-bukan.

Selepas membuat tempahan penerbangan, anda juga akan mencari pelbagai cara lain untuk mendapatkan tempat tinggal seperti hotel yang berbaloi, lokasi lawatan yang percuma atau mempunyai tawaran harga khas dan sebagainya.

Dengan melakukan pelbagai perancangan dan persediaan awal, anda mungkin boleh bercuti secara berjimat tetapi sebaiknya.

Bagaimanapun, dalam perancangan itu janganlah memengendahkan keperluan insuran perjalanan pula, sesuatu yang lazim kita lakukan.

Mengabaikan insuran perjalanan sebenarnya bukan satu langkah berjimat sebaliknya boleh meletakkan anda dalam pelbagai risiko.

Misalnya jika anda berdepan kecemasan ketika melancong anda boleh mendapatkan bantuan perubatan mengikut pertimbangan insuran perjalanan.

Bagaimanapun, pastikan anda baca semua keterangan dalam insuran perjalanan supaya sedar dan tahu mengenai tawaran yang disediakan.

Di bawah antara faedah perlindungan umum yang ditawarkan dalam insuran perjalanan:

1. Kemalangan

2. Belanja perubatan

3. Kehilangan pasport

4. Bagasi lewat tiba

5. Kelewatan dalam perjalanan

6. Rampasan kenderaan

7. Urusan pulangan jenazah

8. Liabiliti diri

9. Hilang barangan peribadi

Bagaimanapun ada perkara yang tidak dilindungi dalam insuran misalnya seperti menyertai sukan berisiko tinggi, peperangan, beranak dan keguguran dan sebagainya. Seeloknya bacalah segala peraturan dan maklumat yang dinyatakan.

Apapun, sekiranya anda membeli insuran perjalanan, banyak perkara yang dilindungi untuk keselesaan perjalanan anda kelak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.